HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

Alhamdulillah.

9 bulan berlalu setelah saya membuat keputusan besar untuk meletakkan jawatan di Poslaju dan memilih untuk bekerja dari rumah sahaja. Ternyata, pilihan saya untuk bekerja dari rumah bersama Shaklee adalah keputusan yang tepat dan berbaloi.



Mengapa ia berbaloi?

1. Mendapat kebebasan peribadi.

Saya tidak lagi terkongkong dengan dengan kehidupan dan jadual bekerja 8.00am - 5.30pm yang kadangkala membuatkan saya rasa bosan terkurung dan menghadap rutin kerja yang sama. Dan lebih malang, ia menimbulkan rasa bosan setelah 12 tahun bekerja dengan jadual yang tidak berubah saban hari. Bekerja dari rumah juga membuatkan saya rasa gembira kerana tiada bos yang memerhati, tidak ada budaya kerja syarikat yang perlu saya patuhi dan tiada lagi jadual kaku dan statk yang perlu saya turuti. paling menarik, saya tidak lagi stress untuk berhadapan dengan kesesakan jalan raya setiap pagi dan petang.




2. Menjana pendapatan tanpa had

Saya juga berjaya menjimatkan beberapa kos yang selama ini dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan untuk ketempat kerja. Penjimatan yang saya maksudkan adalah seperti masa, kos minyak kereta dan kos makan diluar. Mengikut perkiraan dan bajet, saya perlu membelanjakan RM1000 sebulan untuk kos minyak kereta dan kos makan diluar ( sarapan & makan tengahari ). Mungkin ia tak banyak untuk anda, namun sangat banyak untuk saya yang hanya bergaji RM2.5k ketika itu. 
Kini, dengan hanya berkerja dari rumah, saya telah berjaya mendapatkan semula angka gaji yang sama tanpa perlu mengeluarkan kos minyak kereta, dan penjimatan untuk kos makanan dirumah sahaja. Saya kini sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan tanpa had sama seperti mereka yang telah berjaya dengan Shaklee. Saya meletakkan target untuk berjaya dalam masa setahun lagi. InsyaAllah. Doakan saya ye kawan-kawan.


3. Lebih masa bersama keluarga

Sama seperti kebanyakan orang yang memilih untuk bekerja dari rumah yang mahukan lebih masa bersama keluarga, begitu juga dengan saya. Saya mahu melihat perkembangan anak-anak tanpa tertinggal satu detik pun. Saya juga mahu anak-anak melihat bagaimana saya berkerja dan menghargai setiap saat dalam kehidupan ini. Walaupun saya perlu bijak membahagikan masa untuk kerja dan melayan anak, saya gembira dengan kehidupan kini. Saya boleh mendapatkan keperluan anak-anak pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghampakan mereka lagi disebabkan oleh kesuntukan waktu kerana keluar dan balik daripada kerja tanpa melihat sinar matahari!


WAHM Shaklee, Mamadhia Vitashop


4. Mudah menghadapi kecemasan

Ya. Dan ia sangat benar. Saya boleh menghadapi saat kecemasan pada bila-bila masa dengan mudah tanpa perlu memikirkan baki cuti tahunan, mengisi borang cuti dan mendapatkan kebenaran bercuti. Sebagai contoh, baru-baru ini, anak ke-3 saya perlu dimasukkan kehospital atas masalah asthma pada 25/11/2013 yang lalu. Tanpa disangka, ia memakan masa hingga 5 hari untuk saya berada di wad dan menjaga beliau. Belum dikira lagi beberapa hari sebelum itu yang mana saya perlu berulang-alik keklinik untuk mendapatkan rawatan. Cuba bayangkan. Saya perlu mengambil cuti tahunan selama 6 hari untuk seorang anak yang sakit. Dan saya mempunyai 4 anak! Untuk makluman, cuti tahunan saya semasa bekerja di Poslaju adalah hanya 22 hari sahaja.
Syukur. Dengan Shaklee dan kecanggihan teknologi masa kini, saya masih boleh bekerja walaupun berada dihospital sambil menjaga anak yang sakit. 


WAHM Shaklee, Mamadhia Vitashop


Ini adalah pilihan saya. Mungkin sama sekali tak sama dengan pilihan orang lain. Namun, dengan Shaklee, anda juga boleh melakukannya secara 'part time'. Saya berpendapat, jika ia boleh mendatangkan keuntungan dan pendapatan, mengapa kita perlu biarkan saja ia berlalu. Mengapa kita tak mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan. Dengan bermacam-macam kos kehidupan seharian yang meningkat naik, ia adalah satu pilihan bijak untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Kata orang, " dimana ada kemahuan, disitu ada highway ". Perkara yang paling utama adalah kemahuan dan kehendak diri sendiri untuk berjaya.

Jika anda risau tentang modal untuk memulakan perniagaan Shaklee, saya ingin maklumkan bahawa buanglah rasa risau itu jauh-jauh. Dengan hanya bermodalkan RM65 untuk bisnes kit dan RM10 untuk pengeposan, ia adalah modal mampu milik setiap orang yang akan menjana pendapatan berganda-ganda jika diusahakan dengan gigih dan bersungguh-sungguh.

Nak cuba menjana pendapatan dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya. Semuanya akan ditunjukkan dan diajar jika anda menunjukkan kesungguhan juga untuk berjaya dengan Shaklee. Jangan risau OK!

Piece!

Noriah - 866979
013-398 4050
nadhira.haqim@gmail.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...