HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Stok Susu Saya Tak Meriah : Owh Set Triple M!

Stok susu ibu tak meriah?

Why!! why!!

Hehe..saja je gempak. Ye. Saya memang pengamal tegar barisan vitamin Set Triple M. Walaupun banyak, tetap saya gagahi juga untuk menelan mereka satu per satu. Semuanya demi anak-anak tersayang.

Beza kan gambar stok untuk Dina dan Dhia? Yang atas tu stok terkini setakat hari ini. manakala gambar yang bawah tu stok untuk Dhia suatu waktu dulu. Set Triple M dah tak berkesan ke? Hehe...


Stok terkini untuk Irdina ( 31/12/2013 )



Stok untuk Dhia dulu..


Cerita Perjalanan Penyusuan Dhia & Dina

Sebenarnya Set Triple M memberikan kesan maksimum kepada saya. Saya sangat gembira dengannya. Suatu masa dulu, ~~ tahun lepas je pun~~ Stok susu ibu untuk Dhia memang memenuhi ruang atas peti ais rumah kami. Memang khas untuknya sahaja. Ada yang terpaksa dibuang gara-gara luput tarikh. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat itu.

Namun, apabila saya mula mengandung Dina ketika usia Dhia 8 bulan, susu ibu semakin berkurangan dek kerana alahan melampau yang saya alami. Jadi, proses penyusuan Dhia terpaksa disulam dengan susu formula.
Kini selepas kelahiran Dina, saya menyambung semula proses penyusuan Dhia. Maka, kami sedang 
ber' tandem nursing' sekarang. Dhia sangat menggemari susu ibu walau kini bersulam dengan susu formula di rumah pengasuh. Namun, ketika dirumah, tidak sekalipun susu formula dibancuh untuknya. Andai terpaksa dibancuh pun, pastinya akan dihabiskan oleh Kak Dira, anak ke-2 saya.


Kembar lain tahun - Irdina & Dhia

Percaya atau tidak, saya memang agak gagal dalam pengurusan stok. Apa yang saya tahu, hari-hari saya akan bawakan 3-4 pack susu ke rumah pengasuh untuk Dina. Dan pada awal proses tandem nursing, saya sangat runsing kerana stok agak kelaut. Hanya ada 6 pack yang berisi 10oz setiap satu sahaja setiap hari! 
Risau. Memang risau. 

Hingga apabila Dhia dimasukkan kehospital akhir bulan November lepas selama seminggu, stok untuk Dina semakin berkurangan. Boleh dikatakan tiada stok beku didalam peti ais. Apa yang saya pam dihospital, hanya itulah stok yang dibawa ke rumah pengasuh. Dan dihospital, saya tak berjaya mengepam mengikut jadual dek kerana Dhia menguasai proses penyusuan sepenuhnya. Dhia dijaga oleh saya pada waktu siang dan diambilalih oleh bapanya pada waktu malam. Sesi penyusuan malam diberi pada Dina pula.

Stok untuk Dina semakin nazak setelah Dhia keluar daripada hospital. Malah saya rasa seolah ia tidak mencukupi keperluan Dina. Dan setiap kali menghantar Dina, saya akan mengadu kepada pengasuh mereka. Saya kekurangan stok susu ibu. Beberapa hari ia berlarutan. Dan suatu ketika, pengasuh mereka menyatakan tak perlu bawa stok susu. Kerana didalam peti ais rumah mereka, ia dipenuhi susu untuk Dina. Cukup untuk kegunaan selama 3 minggu. Hahaha!

Ya Allah!
Rupanya stok yang saya berikan setiap hari adalah melebihi kepeluan harian Dina. Hingga memenuhi ruangan didalam peti beku beliau. 
Lega. Lega sangat.
Kenapa akak pengasuh tak beritahu saya. Hahaha!

Dan gambar diatas adalah hasil proses mengepam selama 3 minggu. Ini adalah minggu ke-3 saya tak membawa stok susu bersama Dina. Habiskan yang ada dirumah pengasuh dulu. Hari ini, saya boleh senyum semula. Dan proses mengepam disamping tandem nursing berjalan seperti biasa.

Sekadar cerita biasa. Namun, mungkin boleh dijadikan panduan. Untuk mereka yang tidak yakin dengan set Triple M. Juga tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menyusukan anak. Untuk makluman, Dhia berusia Setahun 9 bulan dan Dina berusia 5 bulan. Sekiranya semua proses dan keperluan penyusuan diperolehi, percayalah bayi anda tak perlu diberi susu formula pun. Apa yang penting adalah usaha dan kehendak.

Jom ber Triple M bersama-sama saya.

Nak try?

Hubungi saya ye. Boleh juga berkongsi tip-tip penyusuan.

Noriah - 013-398 4050 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...