HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

8 Langkah Penting Bagaimana Nak Kurus

Tak habis-habis nak cerita pasal kurus kan?
Ye la.
Kurus dan perempuan. Macam isi dengan kuku.
Kurus bukan saja untuk cantik. Tapi paling penting untuk sentiasa sihat.
Betul tak?

Saya nak share tip kurus yang selalu dipesan dan diberitahu oleh pakar-pakar kesihatan.




1. Tetapkan dan capai matlamat
Tetapkan matlamat pengurangan  berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Contohnya, anda inginkan penurunan 2-3kg sebulan, dan ia adalah logik dan boleh dicapai. Dan anda perlu bekerjaa keras untuk mencapai matlamat itu!
Sila jangan tetapkan matlamat yang pasti sukar untuk dicapai contohnya mahu menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Jika ia tak tercapai, pasti anda kecewa.

2. Mengawal kuantiti makanan.
Pastkan 1/2 daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 bahagian adalah nasi dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan berprotin seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

3. Nikmati makanan anda secara perlahan.
Adakah anda tergolong dikalangan mereka yang menghabiskan makanan dalam tempoh 5-10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk anda mengubah situasi itu! 
Sila perlahankan 'pace' anda. Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suapan makanan. Ambil masa selama 20-30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makanan.

4. Jauhi minuman manis dan berkawan dengan air kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.
Sila pasikan anda mengambil air kosong yang mencukupi iaitu sebanyak 8-10 gelas sehari. Tanpa air yang mencukupi, anda akan merasa mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar, tetapi lapar kerana kekurangan air. Jika anda berasa 'lapar', pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. 
Ingat tau! Keadaan 'lapar' ini akan membuatkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

5. Nikmati makanan tinggi serat.
Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia mengawal berat badan anda. Penuhkanlah peti ais anda dengan pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran. Penuhi juga kabinet makanan anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan tinggi serat. 

6. Pilih protin tanpa lemak.
Jangan memilh jenis makanan berprotin yang tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotin yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam ( tanpa kulit ) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan ideal.

7. Aktifkan diri
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain video games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer da sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman rutin selama 30-45 minit setiap sesi, 4-5 kali seminggu. Lakukan sebarang senaman yang anda gemari seperti berjalan laju, jongging, berenang atau bermain badminton.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurag-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index 
( BMI ) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantauan jenis makanan yang diambil.


Jadual BMI, Berat Badan Ideal, Tips Diet




Langkah berikutnya nombor 9. So ada 9 tip saya bagi tau. Hehe.

9. Detoks Dengan Suplemen Shaklee.

Kenapa kena buat detoks? 

Pernah tak korang alami, dah penat diet dan kawal pemakanan. Penat juga bersenam sampai kaki pun naik cramp. Tapi hasilnya sangat menyedihkan? Tahu tak kenapa?
Ada kemungkinan semua usaha kita tu sia-sia disebabkan oleh banyaknya parasit bermastautin didalam badan kita nie. Habis semua zat-zat dan nutrien dari makanan sihat yang kita ambil tadi, dimakan oleh parasit-parasit tu.

Caranya?
Detoks la. :)

Korang boleh buat detoks dengan barisan suplemen Shaklee macam kat bawah nie.


1. DTX Complex




DTX Complex mengandungi Milk Thistle. Milk thistle memang telah digunakan sejak turun termurun untuk proses detoks hati. Ia juga sangat terkenal sebagai tonik hati. Tumbuhan Milk Thistle dah pun digunakan selama 2000 tahun sebagai remedi tradisional untuk penyakit berkaitan hati. Kandungan Milk Thistle yang terdapat didalam DTX Complex berupaya melindungi hati dan memperbaiki fungsinya. Kandungan utama dalam Milk Thistle adalah Silymarin yang terkenal sebagai bahan anti oksida yang membantu tubuh dalam pelbagai cara. Selain dari itu, bahan aktif silibin yang terkandung didalam Milk Thistle turut memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah penghadaman, sembelit, masalah kulit, nafas berbau dan beberapa masalah lain yang berpunca daripada pengumpulan toksin berlebihan didalam badan.


 2. Garlic Complex




Garlic Complex daripada Shaklee mengandungi Allicin iaitu sebatian asal dari bawang putih. Bawang putih yang digunakan oleh Shaklee adalah ditaman secara organik di California, USA pada musim panad dan bebas 100% dari racun perosak. Allisin secara tradisionalnya digunakan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin merupakan sebatian antibakteria, antikulat dan mempunyai sifat penyembuh. Ia juga bahan antioksidan yang boleh membantu tubuh berfungsi dengan sihat.

3. Nutriferon




Bahan utama didalam Nutriferon adalah biji labu. biji labu sangat baik untuk membantu proses detoks kerana ia akan mematikan parasit yang ada didalam badan. Biji labu merupakan bahan anti-oksida dan anti-radang yang mampu melindungi sel dari diserang oleh radikal bebas dan juga serangan parasit. Biji labu juga mempunyai efek seperti ubat cacing yang mampu mengeluarkan cacing daripada sistem pencernaan.

4. Alfalfa




Alfalfa adalah tumbuhan yang bersifat antibakteria. Dimana ia mampu untuk melindungi sel daripada serangan bakteria dan parasit. Alfalfa sangat terkenal dan berkesan untuk proses detoks.

5. Herblax


Siapa yang pernah makan Herblax, confirm puas hati dengan prestasinya kan?
Semua hasil buangan badan akan di keluarkan tanpa was-was lagi. Ianya sangat bagus untuk proses detoks dan keluarkan parasit dari sistem pencernaan.

Jadi, dah tahu kenapa perlu berdetoks?
Dan nak detoks macam mana?
Jom lah kita singkirkan parasit didalam badan untuk kesihatan yang lebih cemerlang.


Testimoni

Jom tengok beberapa testimoni hasil selepas berdetoks. Bukan je boleh turunkan berat, tapi kulit pun semakin cantik dan berseri.

Testimoni 1




Testimoni 2



Testimoni 3




Nak kan konsultasi atau nak bincang-bincang pasal detoks?
Jangan lupa whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...