Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran mereka. Titisan Emas susu ibu merupakan minuman yang penuh azimat yang dapat melindungi bayi dari sebarang penyakit dan serangan jangkitan.
Jadi, marilah kita mengumpul dan mempelajari kebaikan titisan emas ini supaya anak-anak akan mendapat manfaatnya.
Sedikit panduan basic untuk ibu-ibu yang berniat untuk memberikan titisan emas kepada bayi mereka :
1. Teruskan memberi bayi anda susu walau adakalanya terasa seperti susu tidak mencukupi.
2. Amalkan pemakanan berkhasiat dengan diet yang seimbang. Amalkan minum susu, air kosong yang banyak dan makan sayur-sayuran.
3. Sentiasa meransang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika dalam pantang.
4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Jadi, perah susu ibu setiap 3-4 jam untuk elakkan bengkak.
5. Pam juga setiap 3-4 jam diwaktu siang untuk mengelakkan bengkak. Tuam dengan air panas sekiranya telah bengkak.
6. Mengikut petua tradisional, boleh juga menggunakan kelopak kubis yang ditekupkan pada payudara untuk menyujukkannya.
7. Sila pastikan bayi menyusu dengan teknik yang betul untuk mengelakkan puting payudara luka. Cara yang betul adalah keseluruhan puting termasuk aerola telah masuk sepenuhnya kedalam mulut bayi.
8. Pastikan bayi menyusu 15-20 minit untuk setiap payudara bagi memastikan bayi telah cukup kenyang.
9. Bayi akan terlena dan melepaskan payudara dari mulutnya jika ia sudah kenyang.
10. Sebaik sahaja mula berpantang, anda digalakkan untuk mula membuat stok perahan sebagai persediaan awal sebelum kembali bekerja.
11. Mula menyimpan stok susu sebulan sebelum anda mula bekerja.
12. Kekalkan pengambilan makanan seimbang semasa bekerja untuk mengelakkan bayi kembung perut dan cirit birit.
13. Lakukan sesi mengepam 3 jam sekali secara konsisten di tempat kerja untuk mengekalkan penghasilan susu.
14. Latih bayi dengan memberi susu perahan melalui sudu atau cawan kecil.
15. Adalah lebih baik orang lain yang memberikan susu perahan. Elakkan berada disamping bayi semasa memberi susu perahan.
16. Pengasuh bayi perlu tahu cara untuk mengendalikan susu perahan - cara menyimpan, cara memanaskan susu, cara memberi susu dan sebagainya.
17. Maklumkan kepada pengasuh bayi untuk tidak memberikan air kosong, susu formula atau makanan kepada bayi.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com