Siapa yang ada masalah ini semasa hamil? Angkat tangan....Eh...sori, jom baca....:)
Saya adalah antara ibu yang diberi nikmat untuk merasai alahan semasa hamil. Memang memeritkan. Tak boleh makan, minum waima tercium bau makanan sekali pun...pastinya bilik air adalah tempat pertama yang akan diterjah. Hinggakan semua cairan dan mineral dalam badan turut hilang. Maknanya kena berumah di hospital untuk tambah air. Empat pengalaman alahan, 3 kali proses hamil kena berulang ke hospital. Ok, habis sesi luahan perasaan..
Apa makanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghadapi alahan? Walaupun tak boleh nak menelan makanan, ia tetap perlu diambil demi kelangsungan hidup dan memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat.
Apa yang ibu hamil perlu amalkan semasa alahan;
1. Apabila sedar dari tidur pada waktu pagi, makan biskut tawar ( craker ) terlebih dahulu. Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daipada menjadi terlalu rendah. Kemudian rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun dari katil.
2. Ambil makanan terrtentu dalam kuantiti yang kecil setiap 2 jam untuk memastikan perut tidak kosong walau anda tidak berasa lapar ketika itu. Perut yang kosong akan mengakibatkan ia terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.
3. Kerapkan ambilsnek yang sihat seperti buahan segar, buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain diantara waktu makan.
4. Elakkan diri daripada makanan pedas, berlemak dan berminyak dalam kuantiti yang banyak.
5. Makan makanan yang mudah sejuk berbanding makanan panas. Biasanya, makanan sejuk kurang berbau seperti makanan panas yang boleh menyebabkan anda berasa loya.
6. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan. Elakkan juga merokok.
7. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi menggantikan bendalir yang hilang. Boleh amalkan minum air segelas setiap jam.
8. Elakkan minum sejumlah air yang banyak sebelum makan, semasa makan ataupun selepas makan.
9. Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Juga boleh ambil air halia yang boleh mengurangkan rasa mual.
10. Sekiranya tidak berselera untuk minum air kosong, boleh ambil air berperisa lemon atau limau.
11. Jangan tidur dengan perut yang lapar. Sekiranya terjaga ditengah malam, boleh ambil roti atau biskut.
12. Ambil vitamin pra kehamilan selepas makan atau sebelum tidur.
Tambahan;
1. Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang yang mengandungi serai atau salad berrsos daun pudina.
2. Memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul seperti asam boi atau jeruk halia muda.
Vitamin Pra Kehamilan;
Pengambilan vitamin adalah penting untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang diperlukan. Nutrien didalam tubuh akan lebih mudah hilang semasa alahan, terutamanya bagi ibu hamil yang tidak dapat menelan sebarang makanan walau telah dicuba.
Asid folic sangat penting diawal kehamilan. Ia diperlukan untuk mengurangkan kecacatan kepada janin. Ia perlu diambi oleh ibu sebelum mula hamil lagi.
Apa yang disarankan?
1. Vitalea Iron formula - Ia adalah multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Vitalea mengandungi 200mg asid folic.
Fakta nutrisi Vitalea disini.
2. B Complex - Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folic. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Fakta nutrisi B Complex disini.
3. Vitamin C - Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubuh untuk setiap jam. Ia juga mengandungi 120mg bioflavanoid ( 25% bioflavanoid diekstrakdari kulit buah ).
Lagi tentang Vitamin C disini.
4. Ostematrix - Kalsium yang isinya paling seimbang dan memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus da vitamin D, zinc, kuprum manganes dan boron.
Lagi mengenai Ostematrix disini.
5. ESP - Sumber protin soya yang menggunakan sumber soya non-GMO. Setiap canister ( 850g ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.
Lagi mengenai ESP disini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com