HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Vitamin dan Penjagaan Semasa Berpantang

Penjagaan Semasa Berpantang.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah selamat melahirkan bayi. Seronok? Takut? Sakit?
Itu pengalaman berharga yang akan dihadapi oleh semua ibu-ibu..

Lazimnya, masyarakat melayu memang kaya dengan pantang larang untuk proses penjagaan semasa berpantang. Untuk kebaikan diri dan tubuh badan, seeloknya semua ibu turuti amalan penjagaan semasa berpantang. Sila jangan culas!!



Antara amalan penjagaan semasa berpantang yang selalu diamalkan oleh masyarakat melayu :

1. Bertungku
Amalan bertungku bertujuan untuk membantu mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpu dibahagian perut dapat dipecahkan. Ia juga membantu memecahkan darah yang membeku didalam perut.

2. Berurut
Berurut membantu melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa proses kelahiran.

3. Berbengkung / berbarut
Pemakaian bengkung bukan sahaja untuk merampingkan pinggang, tapi turut memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga membantu mengampiskan perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

4. Berpilis
Berpilis bertujuan untuk menghilangkan rasa pening dan membuang angin didalam badan akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran.

5. Mandi air rebusan daun
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf ibu selepas bersalin. Gunakan daun herba seperti sintok, daun mengukudu, serai wangi dan daun pandan.

6. Tidur dan rehat secukupnya
Ibu perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening dan keletihan. Ambil masa semasa bayi tidur untuk turut tidur dan berehat.

7. Mengamalkan suplemen yang sesuai
Ibu juga boleh mengamalkan suplemen semasa berpantang dari Shaklee untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan. Vitamin Shaklee juga membantu proses penyembuhan luka yang pantas dan cepat untuk ibu semasa berpantang samada bersalin secara normal mahupun pembedahan.
Vitamin Shaklee juga membantu ibu semasa berpantang untuk mendapatkan tenaga yang berpanjangan dan mendapatkan hasil susu ibu yang sangat memberansangkan.

Vitalea untuk berpantang, Vitamin C untuk berpantang,B Complex untuk berpantang , Zinc untuk berpantang


Vitamin semasa berpantang

Rangkaian vitamin yang dicadangakan untuk diambil semasa berpantang;

1. Vitalea
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Lagi tentang Vitalea disini.

2. Vitamin C
Ia membantu untuk pembinaan dan pemulihan sel. Lagi tentang vitamin c disini

3. Zinc Complex
Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

4. B Complex
Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folic. Semua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan 8 komponen penting Vitamin B, akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi lebihan vitamin tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B setiap hari.


# Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma dan berkongsi pengalaman menggunakan vitamin Shaklee.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...