Di awal kehamilan, mungkin ibu berupaya untuk tidur dengan nyenyak dan tidak ada masalah dengan pemilihan posisi tidur semasa hamil. Walaubagaimanapun, ketika perut semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami sedikit ketidakselesaan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.
Setakat ini, masih belum terdapat penyelidikan lanjut tentang posisi terbaik untuk ibu hamil. Walaubagaimanapun, doktor pakar amat menggalakkan ibu hamil untuk tidur dengan posisi mengiring terutamanya selepas minggu ke-16. Posisi tidur terbaik adalah dengan mengiring ke kiri. Posisi tidur begini akan dapat memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena gava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi tiur mengiring ke kiri juga turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik dan mengurangkan masalah pembengkakan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi tidur mengiring ke kanan juga baik. Jadi, ibu boleh mengubah ke posisi tidur mengiring ke kanan mahupun kiri. Untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa, ibu hamil boleh meletakkan bantal diantara peha dan punggung. Ibu juga boleh mendapatka bantal yang dikhaskan untuk membantu posisi tidur ibu hamil.
Selepas 16 minggu, ibu hamil tidak lagi digalakkan untuk tidur dengan posisi menelentang. Ini disebabkan ibu hamil akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam posisi menelentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah. Ia juga turut mempengaruhi tekanan darah. Terdapat ibu hamil yang mengalami penuruna tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Ada juga ibu hamil yang mengalami peningkatan tekanan darah. Jadi, posisi tidur secara menelentang adalah tidak digalakkan.
Dapatkan set vitamin kehamilan Shaklee untuk menjamin ibu dan bayi mendapat nutrien lengkap dan melahirkan bayi yang sihat. Ibu dan bayi sama-sama mendapat manfaat. Konsultasi secara percuma diberi kepada semua pelanggan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD -Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com