Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza diantara setiap ibu. Kadangkala, apabila bayi mula menghisap, anda mungkin akan berasa memcucuk, berdenyut-denyut atau kesakitan didalam payudara. Ramai juga ibu yang akan mengalami keadaan dimana susu mula menitis melalui payudara yang sebelah lagi.
Perasaan ini dan lelehan susu yang berlaku merupakan refleks pengaliran susu. Ini bermakna badan sedang memudahkan bayi untuk menghisap susu. Anda mungkin akan terasa kekejangan yang kuat dalam rahim ketika susu mengalir turun. Hormon Oksitoksin yang meransang penghasilan susu akan menyebabkan otot-otot pada rahim mengecut.
Proses penyusuan membantu mengembalikan rahim ke saiz asal. Kekejangan ini merupakan satu proses normal dan ia sebenarnya menandakan satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan ini akan hilang dalam masa seminggu atau lebih.
Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, cuba ikuti petua-petua di bawah ;
- Duduk dikerusi dengan selesa disamping menykong tangan dan belakang anda dengan baik. Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayun sangat sesuai.
- Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payudara anda. Kedudukan yang betul merupakan satu dari faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesuatu penyusuan.
- Mendengar muzik yang menyenangkan fikiran dan meminum minuman yang berkhasiat menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.
- Jangan merokok, minum alkohol atau mengambil dadah terlarang. Semua ini mengandungi bahan yang boleh menggnggu pengaliran susu dan mempengaruhi kandungan susu ibu. Ia akan memudaratkan ibu dan bayi.
- Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusua. Coli untuk menyusus boleh dibuka dibahagian depan untuk mendedahkan puting dan sebahagian payudara anda.
- Jika keadaan dirumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yang sunyi terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidak diganggu. Kadangkala, hanya dengan memikirkan bayi anda akan memulakan pengaliran susu.
Vitamin yang dicadangkan untuk tujuan penyusuan susu ibu.
Mamadhia-vitashop ada menyediakan beberapa set penyusuan mengikut kesesuaian anda. Secara asasnya, ibu menyusu memerlukan sumber kalsium dan protin untuk melancarkan proses penyusuan susu ibu. Set penyusuan yang ditawarkan di Mamadhia-vitashop adalah :
1. Set B - Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.
2. Set 3M - Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
3. Set Eu For Pack - Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan Ostematrix.
4. Set Bajet 1 - ESP dan Alfalfa.
5. Set Bajet 2 - ESP dan Ostematrix.
Hubungi kami untuk konsultasi lanjut dan ia percuma untuk pelanggan kami.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com