HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips penyusuan : Bagaimana Melakukan Power Pumping

Salam 6 Ramadhan.
Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati Ramadhan hari ke-6.

Ramai ibu menyusu yang memberi feedback bahawa mereka telah mengambil berbagai-bagai jenis milk booster untuk meningkatkan hasil perahan susu ibu masing-masing. Namun, usaha mereka menemui kegagalan. Walaupun telah banyak tips yang dikongsi oleh mereka yang berjaya, tetapi masih ada ibu-bu yang tidak berjaya menghasilkan susu ibu seperti yang diharapkan. 

Tahukah anda, proses penyusuan susu ibu secara eksklusif atau sepenuhnya memelukan keazaman dan kehendak yang tinggi daripada para ibu. Juga lebih baik jika disertai dengan sokongan dari suami, keluarga dan masyarakat terdekat. Sebenarnya, banyak kebaikan susu ibu yang boleh diperolehi oleh bayi yang tidak dapat diberikan oleh susu formula. 


Banyak tips penyusuan yang telah dikongsikan oleh banyak pihak yang boleh kita jadikan panduan untuk menjayakan misi penyusuan bersama bayi masing-masing. Salah satu daripadanya adalah dengan melakukan teknik Power Pumping jika anda mendapati hasil susu ibu adalah sangat merosot atau tidak mencapai apa yang anda kehendaki.

Apakah itu Power Pumping?

Power pumping merupakan satu teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tetapi didalam satu cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bagamana bayi menyusu secara tidak langsung dan ia meningkatkan bekalan susu ibu.

Cara untuk membuat Power Pumping

Single Pump - 
1. Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit. Kemudian,
2. Pam payudara sebelah kiri selama 10 minit.
3. Seterusnya bertukar-tukar pam payudara secara berterusan selama 1 jam.

Double Pump - 
1. Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian,
2. Rehat selama 10 minit.
3. Ulang proses tersebut selama 1 jam.

Disarankan untuk membuat Power Pumping sekali sehari. Seelok-eloknya waktu malam hingga ke subuh kerana diwaktu ini, hormon susu sangat tinggi.





Tempoh masa yang diambil untuk mendapat hasil?

Adalah diingatkan kepada ibu-ibu bahawa proses Power Pumping ini juga memerlukan sekuran-0kurang 1 minggu atau lebih untuk menampakkan hasil. Andainya dalam tempoh 1 minggu, atau tempoh permulaan, anda hanya memperolehi 1 atau 2 titik susu, anda perlu meneruskan proses ini walaupun hanya angin yang akan keluar dari payudara. Sila pastikan anda meneruskan proses Power Pumping hingga mendapat hasil seperti yang anda inginkan. Jangan sesekali berputus asa, dan banyakkanlah berdoa semoga usaha anda dipermudahkan.

Selamat berjaya!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...