HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Baby Shaklee : Selamat Datang Duhai Puteri

Salam 23 Ramadhan.

Lama blog ini menyepi kan?
Tak kemana-mana. Memantau aktiviti Shaklee & melayan rasa kesakitan dan penantian yang akhirnya menemui kesudahan.

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan permata hati ke empat kami pada 25 Julai 2013. Tidak ada perkataan yang dapat diluahkan apabila semuanya berlangsung dengan selamat dan lancar. Syukur Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Pencipta.




Irdina Nur Eizzara bt Mohd Yusof.
Lahir dengan berat 3.04 kg pada jam 3.37 pm di Hospital Serdang pada 25.07.2013.

Alhamdulillah melalui kelahiran dengan sangat mudah walaupun pada hari tersebut saya masih berpuasa. Apabila kesakitan semakin kerap, saya hanya sempat minum bancuhan ESP bersama milo sebagai bekalan untuk proses kelahiran. 10 minit berada didalam labour room, Irdina telah selamat dilahirkan.

Pagi 25hb, tiada sebarang rasa sakit atau tanda kelahiran pun. Hanya sekadar cirit-birit sepanjang pagi. Menjelang jam 12 pm, barulah terasa kesakitan yang kerap. Walaupun kerap, ia tidak mengganggu saya yang asyik membalas pm / whatsapp dari pelanggan dan anak-anak Shaklee. Juga sempat mendaftarkan ahli baru juga!

Tiba dihospital jam 1 pm. Menjalani proses ECG. Dan kesakitan semakin kerap. Rupanya jalan kelahiran dan pun mencapai 7 cm. Sedikit kesal dengan khidmat di hospital Serdang yang banyak bertangguh. Saya redha dan banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Ditolak kedalam labour room dengan bukaan full term dan keadaan sangat kelam kabut dek kerana status para 3 yang saya ada. Hehe...maknanya anak ke-4. So, proses kelahiran adalah lebih cepat. Di sorong dengan iringan bebelan senior nurse kepada staff lain. Sangat mendebarkan.

Alhamdulillah. 10-15 minit didalam labour room, Irdina berjaya dilahirkan. Hinggakan sang ayah pun tak sempat nak menemankan. Beliau masuk ketika puteri kami dah selamat keluar.

Alhamdulillah juga saya mampu meneran dengan normal walaupun cuma berbekalkan segelas bancuhan ESP + Milo. 

Dan proses berpantang kali ini, set berpantang Shaklee akan menemankan saya hingga akhir. InsyaAllah.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...