HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tip Penyusuan : Tandem Nursing

Tandem Nursing adalah isitilah yang digunakan oleh ibu-ibu untuk proses penyusuan susu ibu bagi 2 orang atau lebih anak dalam masa yang sama.  Anak yang dimaksudkan adalah seorang anak yang sedia ada ( child ) dan bayi yang baru lahir ( baby ). Proses penyusuan adalah dalam tempoh masa yang sama selepas kelahiran bayi sehingga satu waktu yang ibu itu sendiri tetapkan mengikut kemampuan dan kehendak beliau.

Syukur Alhamdulillah.

Saya diberi peluang untuk merasai pengalaman tandem nursing semasa mengandung. Juga bertandem nursing dua orang anak yang berbeza umur sekarang. Dan nampaknya kakak semakin menyukai direct feeding berbanding susu formula.

Dhia Nur Amani - 1 tahun 5 bulan,
Irdina Nur Eizzara - 23 hari.


Mulanya, saya risau juga kiranya Dhia tidak dapat mengalah kepada adiknya. Alhamdulillah, perancangan dan ketentuan Allah memang cantik dan terbaik untuk kami. Dhia sangat matang untuk tidak berebut dan dengki kepada adik. Dhia sangat menunjukkan kasih sayangnya. Dan mereka telah selesa dengan keadaan tandem nursing yang kami amalkan sekarang. Kebanyakan masa, sesi penyusuan adalah serentak. Dhia disebelah kiri, DIna disebelah kanan. Menariknya, apabila saya sengaja menukar tempat mereka, Dhia & Dina seperti tidak selesa. Apa pun, saya bahagia dan gembira dengan keadaan ini.

Cabaran Ketika Tandem Nursing.

Pertama, pastinya badan saya akan keletihan. Menampung kepelruan dua orang sekaligus, membuatkan tubuh menjadi tidak bermaya.

Alhamdulillah.

Set Triple M sangat membantu saya untuk dapatkan tubuh yang sihat. Apabila menyusukan keduanya serentak, saya perlu duduk dan kadangkala akan menyebabkan pinggang dan tangan menjadi lenguh dan sakit. Set Triple M membantu tubuh saya sentiasa segar dan mengurangkan rasa mengantuk. Membayangkan tubuh yang keletihan walau mengambil vitamin, apatah lagi kiranya saya tidak mengambil sebarang suplemen. Pastinya keletihan itu berganda.

Saya bukan hanya menguruskan mereka berdua sahaja ye. Saya turut menguruskan abang dan kakak mereka juga. Walaupun sudah boleh membawa diri, pemantauan tetap perlu dilakukan.

Kedua, proses tandem nursing memerlukan kekuatan mental ibu. Keletihan selalu mendorong emosi untuk menjadi seorang yang pemarah. Saya cuba mengelakkan rasa marah itu. Juga mengelakkan untuk memarahi Dhia jika dia sedikit meragam. Ia sangat tidak elok untuk perkembangan emosinya nanti. Saya juga cuba untuk berlembut tapi tegas terhadap abang dan kakak mereka yang kenakalan mereka kadangkala mencabar sabar. Apabila perasaan marah menguasai, saya cuba bermuhasabah. Kerana ia adalah pilihan saya sendiri.

Kelebihan Tandem Nursing

Pertama, ia membantu mempercepatkan proses memperbanyakkan susu. Sangat membantu untuk aplikasi konsep demand vs. supply. Demand untuk dua anak, telah membantu tubuh saya mendapat signal untuk menghasilkan susu dengan banyak dan cepat. Terima kasih juga untuk ESP dan ALfalfa yang menjadi milk booster saya.

Kedua, mengelakkan bengkak susu. Saya mengalami rasa bengkak pada hari ke-2 dan ke-3 sahaja. Ia tidak sekritikal seperti semasa kelahiran Nazrul, Dira dan Dhia, Yang mana saya terpaksa menuam payudara. Apabila terasa payudara semakin membengkak, saya akan mencari Dhia untuk disusukan.

Ketiga, mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Tidak dinafikan, kita akan menjadi cepat lapar semasa proses breastfeeding. Bertuahnya, ia tidak akan menyebabkan berat meningkat. Malahan semakin menurun. Seminggu beraya dikampung, dan makan dengan jumlah yang banyak, berat saya boleh turun hingga 3 kg!!

Keempat, saya dapat memberi nutrisi dan kebaikan susu ibu kepada Dhia yang terberhenti ketika proses mengandung. Sedih. Memang sedih ketika itu. Dan ia menguatkan azam untuk terus memberikan nutirisi susu ibu kepadanya selepas kelahiran Dina.

Set Triple M

Vitamin menyusu, Rahsia susu banyak


Walau ada dikalangan ibu menyusu tidak percayakan suplemen untuk memperbanyakkan susu ibu, saya tetap yakin dengan set ini. Ia telah terbukti keatas tubuh saya. Saya tidak meletakkan memperbanyakkan susu semata-mata, tapi ia lebih kepada untuk kesihatan tubuh saya sendiri. Saya per caya, tubuh ibu yang sihat, disamping demand yang tinggi, akan menghasilkan susu yang melimpah ruah.

Semoga misi tandem nursing kami berjaya hingga ke garisan penamat.

Untuk anda yang yakin dengan kelebihan vitamin Shaklee,
Atau untuk mendapatkan tips penyusuan,
Boleh hubungi saya : 013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...