HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Mengatasi Bayi Demam

Bila tiba musim raya, penuhlah aktiviti hari minggu dengan jemputan open house. Tak payah nak bersilat didapur lagi. Sampai ada yang tak dapat dipenuhi dek terlalu banyak jemputan dan lokasi yang berlainan ataupun terlalu jauh.

Dengan cuaca yang tak menentu. Kadang panas, kadang hujan. Kesihatan anak-anak pun mula terganggu terutamanya yang ada baby. Mak & ayah sakan nak beraya lagi. Memang terencat plan bila anak demam.

Sedikit tips untuk menyejukkan suhu badan anak yang demam terutamanya bayi.

1. Periksa suhu badan anak anda menggunakan termometer. Pastikan anda menyimpan termometer sendiri untuk kes-kes kecemasan seperti ini. Untuk bayi dibawah usia 6 bulan, suhu badan melebihi 37 adalah serius. Sila pastikan suhu badan tidak mencecah hingga 40 kerana ia berisiko berlakunya kekejangan atau sawan.

2. Jika suhu melebihi 37, ia menunjukkan anak anda sedang demam. Tanggalkan pakaian anak untuk meredakan kepanasan tubuhnya. Udara yang panas didalam bilik atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bertambah. Badan perlu disejukkan ketika demam.

3. Ambil tuala kecil yang telah dibasahkan dan lap bahagian dahi anak. Elakkan dari meninggalkan tuala basah tersebut didahi anak anda. Tuala akan memerangkap kepanasan daripada keluar. Angkat tuala selepas lapkan dahi mereka. Proses mengelap perlu dilakukan dengan kerap.

4. Lapkan juga dibahagian ketiak, bahagian badan, kaki, bahagian belakang secara berulag kali. Anak yang demam tak perlu dipakaikan baju.

Jika berlaku serangan sawan ( kekejangan otot ) dirumah atau ketika perjalanan ke hospital, basahkan badan anak anak seperti memandikkannya. Jika berada didalam kereta, pastikan anda membawa air didalam botol yang mana boleh disiram keatas badan anak anda.
Jangan biarkan situasi sawan / kekejangan berlarutan melebihi 1 minit. Badan akan kejang dan mata akan naik keatas jika suhu badan melebihi 40. Keadaan akan menjadi normal selepas badan menjadi sejuk. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk membasahkan badan anak ketika situasi kecemasan ini berlaku. Juga sila pastikan anak menangis selepas itu yang menandakan dia telah sedar dari kekejangan.
Serangan sawan boleh menyebabkan berlakunya kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh mengundang maut.

Untuk memastikan kesihatan optimum anak-anak, vitamin khas untuk mereka boleh diberikan. Vitamin untuk kanak-kanak terdiri daripada Vitamin C, Omega dan Mealshake. Dos untuk setiap peringkat umur adalah berbeza. Nutriferon pula diambil untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :
Noriah : 013-398 4050


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...