HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Bilakah: Waktu Terbaik Untuk Makan Vitamin?

"Bila nak makan Herblax nie?"
"Boleh ke telan alfalfa 10 biji sekaligus?"
"Boleh ke makan B-Complex lepas makan?"

Ye, betul. Memang ini antara soalan yang kerap ditanya sejak saya bergelar SID atau pengedar vitamin Shaklee. Dulu, saya pun seperti anda juga. Memang mengelirukan terutamanya bila terlalu banyak jenis vitamin yang perlu dimakan. Pastinya teragak-agak terutamanya bagi mereka yang ambil set menyusu, ada 4 jenis vitamin nak ditelan. 

Perlu ke makan semua serentak?. 
Bila nak makan yang ini? Bila nak makan yang itu?
Boleh kembung air kalau nak makan smeua nie..

Jadi, bilakah waktu yang sesuai untuk ambil vitamin? Biasanya, waktu yang dicadangkan adalah pada waktu malam : Selepas makan malam. Ini kerana badan lebih mudah menyerap nutrien pada waktu malam : waktu tidur. Tapi, malangnya tak semua orang ingat untuk ambil vitamin pada waktu malam temasuk saya. Selalunya, bila dah berbaring sambil menyusukan baby, saya akan terus tertidur...huhu
Rasanya ramai yang sebegitu? kan..kan..

Vitamin Shaklee, Set Menyusu, Waktu Sesuai


Walaubagaimanapun, general rule pengambilan vitamin masih boleh dijadikan panduan untuk membuat jadual mengikut kesesuaian masa individu.

Vitamin Larut Air ( B dan C ) : Sebaiknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D, E, K ) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berminyak / berlemak.

Ostematrix ( Kalsium ) : Sebaiknya diambil bersama minuman bersusu atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu yang dikatakan membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti, begitu juga Ostematrix bertindak.

Lecithin : Diambil bersama vitamin larut lemak lain. 


JANGAN

1. Jangan ambil Alfalfa bersama-sama dengan Vitamin E. 
Ini kerana ia boleh mengganggu penyerapan Alfalfa.

2. Jangan ambil suplemen zat besi ( Iron ) bersama-sama Ostematrix. 
Ini kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Vitalea telah dilengkapi zat besi. Oleh itu, ambil keduanya pada waktu yang berbeza untuk mengelakkan gangguan penyerapan kedua-dua vitamin tersebut.

3. Pengambilan yang baik adalah selepas sarapan pagi bagi membantu penyerapan yang lebih baik.

Vitamin dan mineral perlu diambil pada kadar yang telah dicadangkan sahaja. Pengambilan vitamin dan mineral yang berlebihan terutamanya vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia akan disimpan didalam badan dan boleh menjadi toksid.
Jika anda merasakan cara pengambilan vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan kepada tubuh, bolehlah jadikan cadangan diatas sebagai panduan.

Jadual Vitamin, Jadual Makan Vitamin, Cara Makan vitamin


Harus diingat bahawa pengambilan air kosong adalah sebanyak 3 liter sehari.
Jadual ini hanyalah sebagai panduan. Ia masih bergantung kepada tubuh anda juga. 
Selamat mencuba!!

Kredit to : Kedai Triple S

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...