HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Penyusuan : Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Menyusukan bayi adalah satu pengalaman indah buat seorang ibu. Memberi dan melihat anak menyusu, boleh mengeratkan jalinan kasih sayang antara ibu dan anak. Selain daripada itu, susu ibu merupakan vaksin utama yang paling berkesan keatas kesihatan anak-anak.

Wahai ibu, marilah kita berikan hak anak-anak sebaiknya.

Tahukah anda?

Proses penyusuan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan keatas ibu. Kedudukan ibu dan bayi serta lekapan mulut bayi adalah penting untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi selesa.



Tips penyusuan yang betul

1. Pastikan mulut bayi melekap pada keseluruhan aerola dan bukan setakat puting anda sahaja. Ini kerana jika bayi anda hanya menghisap puting, puting anda akan menjadi perit dan mudah terasa sakit.

2. Tekap payudara anda dengan kain yang basah dan suam 3-5 minit sebelum penyusuan untuk membantu pengaliran susu.

3. Pastikan bayi dapat bernafas dengan baik semasa penyusuan.

4. Sebaiknya, anda harus gilirkan payudara anda setiap kali anda menyusukan, pada permulaan penyusuan, anak anda akan menghisap lebih kuat dan payudara anda akan menyesuaikan penghasilan susu mengikut hisapan bayi anda.

5. Kebanyakan sebab yang biasa kepada puting yang luka ialah kesilapan cara mulut bayi melekap.

6. Sentiasa basuh tangan anda sebelum anda mula menyusukan bayi.

7. Jangan guna alkohol atau produk lain pada payudara anda kerana ia mungkin boleh memudaratkan payudara.

8. Bagi mengelakkan jangkitan dan kesakitan pada puting, sapukan beberapa titis susu anda sendiri pada sekitar kawasan puting anda selepas anda menyusu dan biarkan kering.

9. Jangan berikan susu botol sebagai tambahan kepada bayi anda kerana ia menyebabkan bayi anda kurang meminum susu badan dan susu badan yang dihasilkan akan berkurangan.

Untuk berkongsi lebih tips tentang penyusuan, boleh hubungi saya,

Noriah - 013-398 4050  

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...