HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Cecair Kolostrum : Apakah Ia?

Dialog 1 :

"Lepas dah bersalin nanti, susu awal yang keluar tu, mesti dibuang. Tu susu basi tau." pesan Halimah kepada ananya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

Dialog 2 :

"Kenapa ye? hari ke-2 baby lahir, susu yang aku perah berwarna kuning? Bukan ke susu badan warnanya putih" tanya Lina kepada sahabatnya.

Ia adalah dialog biasa bagi ibu-ibu muda yang tidak mempunyai pengetahuan tentang susu ibu. Cecair yang mereka maksudkan itu adalah Kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seseorang ibu pada lingkungan 3 hari pertama selepas melahirkan bayinya. 
Kolostrum merupakan cecair istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenali dunia ini. Ciptaan hebat ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat didalam susu matang, apatah lagi susu formula.

Tahu bagaimana rupa kolostrum?

Kolostrum sangat kaya dengan antibodi. Berwarna kekuningan, ia mengandungi banyak sel hidup didalamnya sehinggakan digelar sebagai darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan ( Growth Factor ) dan amat kaya dengan Vitamin A.


tip penyusuan, rahsia susu banyak
Kolostrum susu ibu


Apakah kepentingan kolostrum?

1. Dapat memberi perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan.
2. Mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis atau demam kuning.
3. Mematangkan usus bayi.
4. Mengurangkan risiko alergy kepada bayi.
5. Mengurangkan kesan kesan penyakit.
6. Mengandungi vitamin A yang mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
7. Mengandungi Sekretori Immunoglobulin A ( SlgA ) iaitu sejebis protin yang berfungsi sebagai antibodi didalam tubuh bayi.
8. Merupakan immunisasi pertama dan terpenting bagi setiap bayi.


Tips-tips untuk memberikan bayi kolostrum susu ibu

1. Meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan.
2. Usahakan agar bayi dapat menyusu dan melekap dengan betul di payudara ibu.
3. Jika tidak mahir, dapatkan bantuan doktor dengan segera.
4. Sentiasa menyusukan bayi pada bila-bila masa yang dia mahu.
5. Biarkan bayi sentiasa bersama ibu selepas kelahiran ( rooming in )
6. Elakkan bayi dibiarkan di bilik berasingan /nursery sebaik sahaja selepas kelahiran.
7. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja. Elakkan daripada memberi bayi air kosong dan susu formula.

Kepada ibu-ibu, marilah berikan susu ibu yang nyata susu terbaik kepada bayi anda. Tiada alasan yang patutu diberikan memandangkan kini telah banyak kumpulan bantuan tentang penyusuan susu ibu dan terdapat berbagai produk kesihatan yang boleh diambil untuk membantu misi penyusuan susu ibu.

Jika ingikan lebih tips tentang penyusuan susu ibu, jangan segan dan malu untuk hubungi saya.
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...