HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Solid Food : Cara Buat Puree

Selamat cuti sekolah...

Minggu cuti sekolah, memang minggu yang hectuc untuk mama sepenuh masa kat rumah kan?  Sabar ye ibu-ibu....itulah cabarannya menjadi ibu...

Hari ini saya nak berkongsi cara yang saya gunakan untuk sediakan puree sayuran untuk baby. Biasa tak buat puree untuk baby uolls yang dah boleh makan? Ini adalah stok puree untuk seminggu. Senang sebenarnya bila dah ada stok puree dalam peti ais. Tak lah kelam kabut nak kupas sayur untuk dimasukkam didalam bubur sikecik. Lagi-lagi untuk ibu-ibu yang bekerja. Sebelum subuh dah kena jerang beras untuk dibuat bubur. Bila ada stok puree didalam peti ais, campak-campakkan aje semua kedalam periuk. Setel!


 Bahan-bahan :

3 batang lobak merah
6 biji kentang
1 biji labu

Pilihan bahan terpulang pada apa yang anak uolls suka makan. Untuk minggu ini, saya sediakan puree lobak merah, kentang dan labu untuk Dina.

Cara-cara :

1. Kupaskan kesemua bahan mentah tadi ( Lobak, Kentang dan Labu ). Kemudia potong dadu atau potong sedang-sedang untuk direbus. Rebus hingga lembut ye.




2. Angkat kesemua sayuran setelah masak. Toskan airnya dan sejukkan sebelum dikisar lumat.




3. Kisarkan kesemua sayuran hingga lumat secara berasingan. Masa rebus tadi, tak ada masalah untuk merebusnya bersama-sama. Untuk memudahkan proses memasak bubur, masukkan kesemua sayuran tersebut kedalam bekas kiub ais untuk dibekukan. Setelah beku, keluarkan semua kiub sayuran dan masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk disimpan didalam peti ais. Bila nak masak bubur, cuma perlu pilih kiub mana yang nak anda masukkan kedalam bubur sikecil.



Mudah kan? Terutamanya untuk ibu-ibu bekerja. Selamat mencuba.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...