HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Mengatasi Bayi Demam

Bila tiba musim raya, penuhlah aktiviti hari minggu dengan jemputan open house. Tak payah nak bersilat didapur lagi. Sampai ada yang tak dapat dipenuhi dek terlalu banyak jemputan dan lokasi yang berlainan ataupun terlalu jauh.

Dengan cuaca yang tak menentu. Kadang panas, kadang hujan. Kesihatan anak-anak pun mula terganggu terutamanya yang ada baby. Mak & ayah sakan nak beraya lagi. Memang terencat plan bila anak demam.

Sedikit tips untuk menyejukkan suhu badan anak yang demam terutamanya bayi.

1. Periksa suhu badan anak anda menggunakan termometer. Pastikan anda menyimpan termometer sendiri untuk kes-kes kecemasan seperti ini. Untuk bayi dibawah usia 6 bulan, suhu badan melebihi 37 adalah serius. Sila pastikan suhu badan tidak mencecah hingga 40 kerana ia berisiko berlakunya kekejangan atau sawan.

2. Jika suhu melebihi 37, ia menunjukkan anak anda sedang demam. Tanggalkan pakaian anak untuk meredakan kepanasan tubuhnya. Udara yang panas didalam bilik atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bertambah. Badan perlu disejukkan ketika demam.

3. Ambil tuala kecil yang telah dibasahkan dan lap bahagian dahi anak. Elakkan dari meninggalkan tuala basah tersebut didahi anak anda. Tuala akan memerangkap kepanasan daripada keluar. Angkat tuala selepas lapkan dahi mereka. Proses mengelap perlu dilakukan dengan kerap.

4. Lapkan juga dibahagian ketiak, bahagian badan, kaki, bahagian belakang secara berulag kali. Anak yang demam tak perlu dipakaikan baju.

Jika berlaku serangan sawan ( kekejangan otot ) dirumah atau ketika perjalanan ke hospital, basahkan badan anak anak seperti memandikkannya. Jika berada didalam kereta, pastikan anda membawa air didalam botol yang mana boleh disiram keatas badan anak anda.
Jangan biarkan situasi sawan / kekejangan berlarutan melebihi 1 minit. Badan akan kejang dan mata akan naik keatas jika suhu badan melebihi 40. Keadaan akan menjadi normal selepas badan menjadi sejuk. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk membasahkan badan anak ketika situasi kecemasan ini berlaku. Juga sila pastikan anak menangis selepas itu yang menandakan dia telah sedar dari kekejangan.
Serangan sawan boleh menyebabkan berlakunya kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh mengundang maut.

Untuk memastikan kesihatan optimum anak-anak, vitamin khas untuk mereka boleh diberikan. Vitamin untuk kanak-kanak terdiri daripada Vitamin C, Omega dan Mealshake. Dos untuk setiap peringkat umur adalah berbeza. Nutriferon pula diambil untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :
Noriah : 013-398 4050


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Penyusuan : Tandem Nursing

Tandem Nursing adalah isitilah yang digunakan oleh ibu-ibu untuk proses penyusuan susu ibu bagi 2 orang atau lebih anak dalam masa yang sama.  Anak yang dimaksudkan adalah seorang anak yang sedia ada ( child ) dan bayi yang baru lahir ( baby ). Proses penyusuan adalah dalam tempoh masa yang sama selepas kelahiran bayi sehingga satu waktu yang ibu itu sendiri tetapkan mengikut kemampuan dan kehendak beliau.

Syukur Alhamdulillah.

Saya diberi peluang untuk merasai pengalaman tandem nursing semasa mengandung. Juga bertandem nursing dua orang anak yang berbeza umur sekarang. Dan nampaknya kakak semakin menyukai direct feeding berbanding susu formula.

Dhia Nur Amani - 1 tahun 5 bulan,
Irdina Nur Eizzara - 23 hari.


Mulanya, saya risau juga kiranya Dhia tidak dapat mengalah kepada adiknya. Alhamdulillah, perancangan dan ketentuan Allah memang cantik dan terbaik untuk kami. Dhia sangat matang untuk tidak berebut dan dengki kepada adik. Dhia sangat menunjukkan kasih sayangnya. Dan mereka telah selesa dengan keadaan tandem nursing yang kami amalkan sekarang. Kebanyakan masa, sesi penyusuan adalah serentak. Dhia disebelah kiri, DIna disebelah kanan. Menariknya, apabila saya sengaja menukar tempat mereka, Dhia & Dina seperti tidak selesa. Apa pun, saya bahagia dan gembira dengan keadaan ini.

Cabaran Ketika Tandem Nursing.

Pertama, pastinya badan saya akan keletihan. Menampung kepelruan dua orang sekaligus, membuatkan tubuh menjadi tidak bermaya.

Alhamdulillah.

Set Triple M sangat membantu saya untuk dapatkan tubuh yang sihat. Apabila menyusukan keduanya serentak, saya perlu duduk dan kadangkala akan menyebabkan pinggang dan tangan menjadi lenguh dan sakit. Set Triple M membantu tubuh saya sentiasa segar dan mengurangkan rasa mengantuk. Membayangkan tubuh yang keletihan walau mengambil vitamin, apatah lagi kiranya saya tidak mengambil sebarang suplemen. Pastinya keletihan itu berganda.

Saya bukan hanya menguruskan mereka berdua sahaja ye. Saya turut menguruskan abang dan kakak mereka juga. Walaupun sudah boleh membawa diri, pemantauan tetap perlu dilakukan.

Kedua, proses tandem nursing memerlukan kekuatan mental ibu. Keletihan selalu mendorong emosi untuk menjadi seorang yang pemarah. Saya cuba mengelakkan rasa marah itu. Juga mengelakkan untuk memarahi Dhia jika dia sedikit meragam. Ia sangat tidak elok untuk perkembangan emosinya nanti. Saya juga cuba untuk berlembut tapi tegas terhadap abang dan kakak mereka yang kenakalan mereka kadangkala mencabar sabar. Apabila perasaan marah menguasai, saya cuba bermuhasabah. Kerana ia adalah pilihan saya sendiri.

Kelebihan Tandem Nursing

Pertama, ia membantu mempercepatkan proses memperbanyakkan susu. Sangat membantu untuk aplikasi konsep demand vs. supply. Demand untuk dua anak, telah membantu tubuh saya mendapat signal untuk menghasilkan susu dengan banyak dan cepat. Terima kasih juga untuk ESP dan ALfalfa yang menjadi milk booster saya.

Kedua, mengelakkan bengkak susu. Saya mengalami rasa bengkak pada hari ke-2 dan ke-3 sahaja. Ia tidak sekritikal seperti semasa kelahiran Nazrul, Dira dan Dhia, Yang mana saya terpaksa menuam payudara. Apabila terasa payudara semakin membengkak, saya akan mencari Dhia untuk disusukan.

Ketiga, mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Tidak dinafikan, kita akan menjadi cepat lapar semasa proses breastfeeding. Bertuahnya, ia tidak akan menyebabkan berat meningkat. Malahan semakin menurun. Seminggu beraya dikampung, dan makan dengan jumlah yang banyak, berat saya boleh turun hingga 3 kg!!

Keempat, saya dapat memberi nutrisi dan kebaikan susu ibu kepada Dhia yang terberhenti ketika proses mengandung. Sedih. Memang sedih ketika itu. Dan ia menguatkan azam untuk terus memberikan nutirisi susu ibu kepadanya selepas kelahiran Dina.

Set Triple M

Vitamin menyusu, Rahsia susu banyak


Walau ada dikalangan ibu menyusu tidak percayakan suplemen untuk memperbanyakkan susu ibu, saya tetap yakin dengan set ini. Ia telah terbukti keatas tubuh saya. Saya tidak meletakkan memperbanyakkan susu semata-mata, tapi ia lebih kepada untuk kesihatan tubuh saya sendiri. Saya per caya, tubuh ibu yang sihat, disamping demand yang tinggi, akan menghasilkan susu yang melimpah ruah.

Semoga misi tandem nursing kami berjaya hingga ke garisan penamat.

Untuk anda yang yakin dengan kelebihan vitamin Shaklee,
Atau untuk mendapatkan tips penyusuan,
Boleh hubungi saya : 013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Bisnes Online Shaklee : Apabila Akaun Encik Rimau Mengaum

Bila tiba 14 atau 15 hb setiap bulan, pastinya timeline MukaBuku semua SID Shaklee kecoh dengan akaun Encik Rimau masing-masing sudah mengaum. :)

Ianya adalah tanda bahawa akaun Harimau a.k.a Maybank masing-masing sudah dipenuhi oleh bonus hasil usaha bulan sebelumnya dalam bisnes Shaklee. Best!! Best sangat. Apatah lagi masing-masing berkongsi keterujaan atas hasil kutipan masing-masing. 

Walau tidak dinyatakan jumlahnya,
Ada yang banyak,
Ada yang sedikit,
Ia bergantung kepada usaha dan kerja masing-masing.
Namun, 
Ia menjadikan semangat antara kami,
Memuncak dan sentiasa terbakar.

Alhamdulillah.

Semenjak berkecimpung didalam bisnes Shaklee, saya merasai nikmatnya berbisnes. Bisnes MLM pertama yang saya nampak laluannya dengan jelas dan terang. Dengan tunjuk ajar upline dan kumpulan, sokongan mereka, semangat mereka, keterujaan mereka dan peringatan mereka. Syukur saya menemui kumpulan dan bisnes yang betul dalam perjalanan untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, juga perjalanan saya untuk mendapat redha Ilahi. 

InsyaAllah.

Azam untuk menjadi muslimah sejati dan dapat menjana ekonomi akan sentiasa membara didalam diri ini. Semoga saya dapat membawa keluarga kepada kehidupan yang lebih cemerlang dan sentiasa didalam keredhaanNya. 

Andai ada diantara kawan-kawan yang berminat nak menyertai kami untuk menjaga kesihatan disamping menjana pendapatan, jangan malu dan segan untuk hubungi saya. InsyaAllah, apa yang kita akan perolehi, lebih dari sekadar pendapatan. Apa yang penting ada kemahuan dan azam yang tinggi. Juga hati yang terbuka untuk menerima tunjuk ajar.

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Shaklee : Tip Bisnes Laman Sosial

Saya terjumpa artikel ini semasa sedang membaca akbar online Harian Metro untuk membaca berita terkini. Walaupun sekadar bekerja dari rumah, pengetahuan am dan perkembangan negara haruslah diambil tahu.

Tip sebeginilah yang sering diberi oleh leader-leader dalam grup bisnes Shaklee yang saya sertai. Untungnya, tip perniagaan diberi secara percuma oleh semua leader. Hanya perlu faham dan mengikuti rapat semua tip yang telah diberikan. Jadi, untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan mahupun menjadikan bisnes Shaklee sebagai pendapatan utama, jangan malu dan segan untuk hubungi saya dan semuanya akan ditunjukkan.

Melalui artikel ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah :

Ambil kesempatan untuk menggunakan laman media sosial seperti Facebook untuk menjana pendapatan utama mahupun sampingan. Dan perlu mematuhi beberapa perkara untuk mengelakkan misi menjana pendapatan gagal atau tidak disukai oleh orang lain. 

1. Elakkan daripada menjadikan laman sosial menjadi medan luahan perasaan dan bercerita tentang masalah peribadi.

2. Elakkan melakukan spam untuk menjual produk. Contoh spam adalah membuat iklan di page / iklan peniaga lain, membuat post iklan di timeline individu lain, tagging ramai individu lain keatas iklan anda.

3. Elakkan membuat iklan semata-mata didalam page khas bisnes anda. Gunakan 1/6 sahaja status yang berunsurkan iklan. Selebihnya, boleh berikan tips-tips lain seperti tips kecantikan, tips kesihatan atau tips-tips lain yang berkaitan dengan perniagaan anda.

4. Mengadakan hubungan 2 hala dengan pelanggan mahupun bakal pelanggan anda. Mereka boleh memberikan pendapat, cadangan mahupun kritikan tentang perniagaan anda. Jika boleh, jadikanlah mereka sebagai rakan anda.

Anda mahukan lebih tips perniagaan sebegini? Jom sertai keluarga kami. 


Semakin ramai orang sekarang menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium pemasaran untuk menjual produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Namun, sangat menyedihkan apabila Facebook menjadi satu medan membanjirkan atau ‘spam’ untuk menjual produk mereka.
Jika anda seorang usahawan yang ingin membina perniagaan untuk tempoh masa yang lama, anda perlu menggunakan Facebook dengan lebih berhati-hati dan mengelakkan tiga kesalahan utama yang saya akan terangkan di bawah.  
Facebook bukan tempat membuat jualan
Orang yang anda jemput untuk ‘like’ halaman Facebook anda pasti tidak suka jika apa yang anda berikan kepada mereka ialah iklan semata-mata. Tidak siapa suka untuk disumbat dengan iklan setiap hari.
Pelanggan anda ingin mengetahui daripada anda sesuatu yang mereka boleh gunakan dalam kehidupan mereka. Contohnya, jika anda seorang penjual pakaian kanak-kanak, mungkin anda boleh berikan mereka tip penjagaan kanak-kanak atau kaedah menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Jika anda menjual kosmetik pula, mungkin anda boleh penuhkan Facebook anda dengan tip kecantikan untuk wanita dan dengan petua berguna sebegini, mereka akan menanti-nanti tip daripada anda. Hanya 1/6 daripada status anda boleh dibuat untuk pengiklanan.

Facebook bukan jalan sehala
Jika pada zaman dulu, semua syarikat membuat iklan yang sehala. Sehala bermaksud, pelanggan tidak dapat memberi maklum balas atau mengkritik syarikat ini.
Namun, keadaan pemasaran Internet hari ini nyata berbeza. Terutama apabila adanya Facebook danTwitter di mana pemasaran menjadi jalan dua hala antara penjual dan pembeli.
Jika anda sekadar bercakap menyuruh orang membeli, mungkin ada 1 atau 2 orang yang membeli, namun untuk ramai orang membeli daripada anda, anda perlu bercakap bersama mereka.
Bercakap bersama mereka ialah anda perlu berada di dalam perbincangan mereka. Untuk berada di pihak atas dalam perbincangan ini, anda perlu mengetahui banyak ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.
Dalam era ini juga, pelanggan mempunyai ruang untuk mengkritik perniagaan anda dan kritikan ini perlu dijawab dengan bijak. Anda tidak boleh tidak menjawabnya dan anda tidak juga boleh menjawabnya dengan emosi.
Anda perlu menjawab dengan bijak supaya pelanggan anda yang mengkritik (dan beribu orang lain yang melihat perbualan ini) akan lebih mempercayai anda.

Facebook (untuk perniagaan) bukan medan bercakap mengenai anda
Orang yang berada dalam Facebook anda tidak berminat dengan masalah perniagaan atau lebih teruk masalah peribadi yang anda hadapi. Mereka lebih berminat mengenai bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka.
Mereka tidak mahu tahu bahawa anda tersangkut dalam ‘traffic jam’ atau mengenai masalah yang anda hadapi dengan pekerja anda. Anda perlu sentiasa bercakap mengenai mereka. Memanglah ini nampak seperti keras. Tetapi inilah realitinya jika anda inginkan pelanggan yang datang bertali-arus.
Secara kesimpulannya, anda perlu memandang Facebook sebagai medan pemasaran jangka panjang anda untuk anda membina kredibiliti dan reputasi di mata pelanggan anda sebelum mereka membeli produk anda dan memberitahu rakan mereka pula.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elaktigakesalahanini/Article
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Raya 2013 : Hari ke-19 Berpantang

Salam Aidilfitri....

Dah hari ke-5 beraya. Cepatnya masa berlalu..

Masih didalam mood raya, maka wajiblah buat entry pasal raya... :)

Tahun ini, giliran kami adik-beradik beraya dirumah mak sendiri. Memang dah setting sebegitu. Jadi, dapatlah berjumpa dan berkumpul serentak.   

Keluarga besar kami

Menu & juadah raya, 
Raya pertama : Nasi hujan panas & soto
Raya Kedua : Pecal
Raya ketiga : Lontong

#Lupa nak snap gambar...:)

Memang meriah bila semua berkumpul. Paling meriah pastilah cucu-cucu nenek & embah yang dah mencecah 10 orang tahun ini. Masih lagi mengamalkan cara kanak-kanak bermain. Kejar-kejar, bergaduh, tolak-menolak, makan beramai-ramai. Tiada i-pad, andriod mahupun sebarang permainan elektronik. Biarlah ia kekal sebegitu. Semoga silaturahim ini kekal walaupun jarang bertemu.

Cucu-cucu nenek & embah

Aidilfitri 2013, raya pertama untuk Irdina Nur Eizzara. Masih dalam hari berpantang yang ke-19. Maka, kami hanya beraya dirumah sahaja. Alhamdulillah juadah yang disediakan boleh dimakan oleh orang yang berpantang. Jadi, tiada istilah kempunan. Hehe...

Keluarga besar saya

Nampak sihat tak? Saya percaya, kesihatan pantas kali ini turut dibantu oleh set berpantang yang saya amalkan. Dua minggu pertama berpantang sendirian, sambil menguruskan anak-anak dan juadah berpuasa. Rutin berpantang seperti berurut, bertungku dan berbengkung tetap saya amalkan disamping menelan semua vitamin wajib setiap hari. Kekuatan fizikal sangat perlu untuk dipulihkan cepat apabila komitmen kepada keluarga semakin bertambah. 

Set Berpantang : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc Complex

Add on : ESP, Alfalfa, Omega Guard ( Milk Booster ) 

Jom layan sebahagian lagi gambar keluarga besar kami di Aidilfitri 2013.

Baby Shaklee : Irdina Nur Eizzara
Masih single
Famili Liza
Famili Fitri
Famili Halmi
Wanita melayu terakhir
Bapak-bapak

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Shaklee : Kelebihan Produk Shaklee


Jom kita tengok, apa keistimewaan produk2 Shaklee.

✔ Syarikat pemakanan semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat

✔ Lebih USD 250 juta ( RM950 ) telah dilaburkan untuk penyelidikan dan pembangunan serta kajian klinikal

✔ Lebih 83,000 ujian kualiti produk tahunan

✔ Lebih 100 kajian klinikal secara penilaian setara diterbitkan

✔ Pengeluaran yang memenangi anugerah dalam fasiliti bergred farmaseutik

✔ Memegang 45 paten produk

≧◉◡◉≦

Jadi,
✿ Kenapa ragu-ragu lagi untuk menShakleekan diri dan keluarga?
✿ Kenapa ragu-ragu lagi untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan?
✿ Kenapa ragu-ragu lagi untuk jadikan produk Shaklee sebagai sumber pendapatan?
✿ Kenapa ragu-ragu lagi untuk jadikan Shaklee sebagai batu loncatan untuk keluar daripada zon selesa anda?




Dan atas semua alasan tersebut, saya dengan rela hati mencuba dan berusaha untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber makanan kesihatan dan sumber pendapatan saya untuk membantu ekonomi keluarga. Alhamdulillah, atas usaha yang belum seberapa, saya telah nampak jalan dan merasa sedikit pendapatan daripada perniagaan ini. 

Syukur juga saya dipertemukan dengan kumpulan perniagaan yang sangat membantu dan penuh dengan sokongan kepada semua ahlinya untuk berjaya. Tak kira dari segi ilmu perniagaan, ilmu coaching, ilmu menjual, ilmu kerohanian, semua dikongsi bersama. Segala kesukaran dan keresahan juga dikongsi bersama.

Dengan sokongan kuat daripada Shaklee yang mempunyai pelbagai R&D, saya tak perlu risau tentang keberkesanan setiap produknya, tak perlu risau tentang strategi pemasarannya, tak perlu risau tentan kekuatan syarikat itu sendiri. Apa yang saya perlu buat, hanyalah duplicate apa yang telah dibuat oleh mereka-mereka yang telah berjaya, yang tidak lokek dengan ilmu. Apa yang saya perlu hanyalah kekuatan dalaman dan semangat juang yang tinggi untuk terus mencapai tangga-tangga kejayaan. Apa yang saya perlu lagi ialah berdoa pada-Nya semoga usaha saya dipermudahkan dan mendapat keberkatan. 

Insya-Allah.

Saya juga ingin mengajak semua kawan-kawan yang berminat untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan. Tanpa perlu modal yang tinggi, kami ada caranya untuk anda tetap berpeluang untuk berjaya. Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya ye..


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Menyusu Shaklee : Produk DUMEX Beracun?


Semalam ketika menonton Buletin Utama, saya agak tersentap apabila penyampai berita mengkhabarkan yang New Zealand sedang menarik balik beberapa produk tenusunya yang didapati telah tercemar dengan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Betapa mudahnya!

Dan syarikat susu terkenal di Malaysia Danone Dumex Malaysia telah memanggil balik 4 jenis produknya dari pasaran.




Wahai Ibu-ibu,

Sayang sekali andai anak-anak kita sedang menggunakan produk-produk tersebut. Dan lebih mengharukan, apa yang mereka sedang gunakan itu adalah daripada pilihan kita sendiri.

Alangkah indahnya, andai anak-anak kita menerima 100% susu semulajadi, susu Ibu,
Yang sarat dengan 1001 kebaikan dan manfaat.

Marilah kita berdoa agar dipermudahkan untuk anak-anak kita menerima 1001 kebaikan dan manfaat dari susu semulajadi, yang tidak pernah ditarik balik penghasilannya sejak wujudnya kejadian manusia.

Usahalah agar susu semulajadi tersebut keluar dengan secukupnya untuk anak-anak kita.
Walau tidak percaya dengan vitamin Shaklee.

Usahalah. Dengan apa cara sekalipun.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Slimming Shaklee : JOm Bakar Lemak di Hari Raya

Salam 26 Ramadhan. 
Ramadhan semakin meninggalkan kita. Aidilfitri semakin menghampiri.

Pastinya semua tengah sibuk membuat persiapan terakhir untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.
Baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya, kereta raya. Pendek kata, semua raya lah!!

Saya pasti juga juadah pagi raya dah ada dalam list masing-masing kan?
Ketupat, rendang, lontong, soto, lemang, dodol, bermacam kuih-muih. 
Fuhh!! memang sedap dan menusuk jiwa. Rugi kalau tak dijamah semua hidangan tu. Setahun sekali. Apa nak kisah dengan semua juadah yang tinggi lemak & kolestrol tu. Lagipun, kalau tak dijamah, mak kecik hati pulak. Owh!! Wajib...wajib makan.




Rugilah orang yang tengah berpantang macam saya ni tak boleh nak melantak semua juadah nie. Huhu.
Tapi tak pe. Sekurang-kurangnya saya selamat daripada menambah lemak yang memang dah banyak didalam badan. Sekurang-kurangnya saya juga selamat daripada menyerap kolestrol kedalam tubuh saya nie. Tapi, hilanglah nikmat raya untuk saya...haish..
Makan? tak nak makan? semua pilihan ditangan anda.

Nak makan. Tapi risau berat naik? Tahu tak? Shaklee ada penawar untuk masalah ini. Anda masih boleh menjamah semua juadah yang enak tu. Tapi sila pastikan jangan terlalu berlebihan ye...

Penyelesaian bagi masalah anda adalah dengan Omega Guard.


Ya!! 
Omega Guard membantu anda untuk membakar lemak. 3 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam. Pastinya lemak dan kolestrol tak sempat melekat didalam tubuh.

Bagaimana Omga Guard bertindak?

Omega Guard mengandungi Leptin.
Leptin membantu mengawal selera dan metabolisme anda. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh lemak badan anda. Leptin memberi isyarat kepada otak anda dan menghadkan kelaparan anda. Semakin rendah tahap leptin anda, lebih mudah untuk anda berasa lapar. Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, satu neurotransmitter yang boleh mencetuskan reflex kelaparan. Paras tinggi neuropeptida Y juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang boleh memberi kesan negative ke atas metabolisme anda.


Testimoni

Jom tengok beberapa testimoni yang berjaya dengan Omega Guard dan beberapa vitamin lain yang boleh anda review.

1.



2.


3.

So, sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, sila dapatkan vitamin pembakar lemak dulu ye. Jangan biarkan lemak & kolestrol bemastautin didalam badan anda sempena musim perayaan ini.

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca blog Mamadhia Vitashop.

Berhati-hati dijalan raya. Ingatlah orang-orang tersayang.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Triple M : Stok EBM Didalam Pantang

Assalamualaikum...

Hari ke-9 perjalanan penyusuan bersama baby baru, Irdina Nur Eizzara.

Perasaan? Sudah pasti sangat seronok. Alhamdulillah, rezeki kami. Susu terus ada sebaik sahaja selepas bersalin. Dan yang paling seronok, niat saya untuk tandem nursing baby Irdina bersama kakaknya Dhia Nur Amani dipermudahkan juga. Semoga ia terus dipermudahkan sehingga suatu masa yang sepatutnya nanti. Walaupun Dhia diberikan susu FM, nampaknya sejak susu ibu semakin lancar pengeluarannya Dhia semakin kurang minum FM. 

Dhia, kami tetap hantar ke rumah pengasuh.Untuk memberi peluang kepada saya untuk berpantang tanpa rasa kelam kabut dan terlalu penat untuk menguruskan rumahtangga dan keluarga. Maklumlah, bayi diusia 16 bulan tentu banyak karenahnya.

Oleh kerana baby Irdina baru berusia 9 hari, permintaan terhadap susu ibu masih sedikit. Untuk itu, saya perlu memerah susu untuk mengelakkan bengkak. Proses memerah terpaksa saya lakukan seawal hari ke-3 selepas bersalin. Syukur atas rezeki ini. Besar harapan saya, Irdina atau pun Dhia mahu minum stok EBM tersebut.

Set Triple M, Set Penyusuan


Set Triple M

Sepanjang proses berpantang kali ini, saya meneruskan sahaja semua vitamin yang memang diambil ketika mengandung lagi dan menambah beberapa vitamin untuk penyusuan dan penyembuhan luka. 

Set Triple M - Penyusuan

  • ESP
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Ostematrix

Tambahan;
  • Zinc - proses penyebuhan luka bersalin
  • Omega Guard - diambil ketika mengandung lagi

Set Triple M memang sangat terkenal dengan keberkesanannya membantu ibu-ibu yang mahu menambah production susu ibu maisng-masing. Walaubagaimanapun, konsep supply vs. demand adalah sangat penting untuk dipatuhi.

Saya akan update lagi tentang perjalanan tandem nursing nanti. Tunggu....

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Advance Joint Health Tablet : Teman Sendi Anda

Promosi Ogos 2013 : Advance Joint Health Tablet

Beli 6 Percuma 1





Bagaimana menjaga kesihatan sendi dan tulang ? Anda boleh dapati info penjagaan kesihatan sendi dan tulang yang perlu diketahui oleh semua peringkat usia. Penjagaan kesihatan sendi dan tulang perlu dimulakan dari usia yang muda. 

Apakah Advance Joint Health Tablet?

AJHT adalah paten dari ekstrak Boswella yang bertindak pantas, ekstrak jagung, vitamin C, Zinc, Kuprum dan Manganese. Ia bertindak mengurangkan ketidakselesaan sendi.

Bagaimana Advance Joint Health Tablet bertindak?

AJHT bertindak menyokong kesihatan sendi dalam tiga cara.

1. Ekstrak Boswella bertindak untuk meningkatkan keselesaan sendi.
2. Ekstrak jagung bertindak untuk meningkatkan kesan kusyen.
3. Vitamin C, Zinc, Tembaga dan Mangan pula bertindak memelihara kesihatan tisu penyambung.

Jom hadiahkan AJHT kepada kedua ibu dan bapa sempena Aidlfitri. Tak lupa juga boleh dihadiahkan kepada kedua mertua juga. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Bersalin / Berpantang Shaklee : Ostematrix Membantu Mengelakkan Sembelit

Sembelit ketika berpantang?

Fobia kan?

Rasanya ramai ibu-ibu yang berpantang mengalami masalah sembelit ini. Terkadang sampai lama didalam tandas, tapi tak boleh juga nak buang air besar. Rasa fobia juga apatah lagi nak meneran dikalan jahitan episotomi masih baru. Ada yang sanggup biarkan saja rasa nak buang air tu. Sebenarnya sangat tak elok menahan rasa sebegitu. Menurut doktor, secara normalnya manusia perlu membuang air setiap hari. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Elakkan sembelit dengan Ostematrix

Berpantang kali ke-4, saya ditemani oleh set bersalin / berpantang Shaklee. Tiada lagi jamu-jamu dan herba-herba. Tiada juga pilis dan param. Saya berpantang sendiri, juga perlu memberi perhatian kepada keluarga dan tiga orang anak sedia ada. Tak sempat nak berpilis, param bagai. Namun, keperluan bertungku, berbengkung dan menjaga makan tetap saya utamakan.

Saya mengambil Ostematrix dengan dos 4 biji sehari untuk keperluan kalsium tubuh saya. Dengan usia yang semakin meningkat, proses mengandung dan melahirkan sebanyak 4 kali telah menyebabkan tubuh kekurangan kalsium. Walaupu telah mengambil Ostematrix sejak mengandung, rasa sengal di tulang tetap dirasai. Cuba bayangkan andai saya langsung tak ambil Ostematrix? Saya adalah seorang yang tidak boleh menelan susu semasa mengandung.

Saya mendapati pengambilan Ostematrix juga membantu saya melancarkan pembuangan air besar. Berpantang kali ke-3 dan ke-4 dengan Ostemarix, saya langsung tiada masalah untuk buang air. Semuanya berjalan dengan lancar. Apabila mengingatkan betapa sukarnya saya untuk membuang air besar semasa kelahiran anak pertama dan kedua, hinggakan air mata menitis, rasa fobia tetap hadir. Alhamdulillah Ostematrix sangat membantu.

4 biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur, membantu sistem perkumuhan saya setiap hari. Saya berjaya membuang air besar setiap hari tanpa gagal, tanpa rasa sukar. Tidak perlu menunggu lama didalam tandas. Selain berfungsi untuk menguatkan tulang, OStematrix juga membantu melembutkan najis.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Baby Shaklee : Selamat Datang Duhai Puteri

Salam 23 Ramadhan.

Lama blog ini menyepi kan?
Tak kemana-mana. Memantau aktiviti Shaklee & melayan rasa kesakitan dan penantian yang akhirnya menemui kesudahan.

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan permata hati ke empat kami pada 25 Julai 2013. Tidak ada perkataan yang dapat diluahkan apabila semuanya berlangsung dengan selamat dan lancar. Syukur Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Pencipta.




Irdina Nur Eizzara bt Mohd Yusof.
Lahir dengan berat 3.04 kg pada jam 3.37 pm di Hospital Serdang pada 25.07.2013.

Alhamdulillah melalui kelahiran dengan sangat mudah walaupun pada hari tersebut saya masih berpuasa. Apabila kesakitan semakin kerap, saya hanya sempat minum bancuhan ESP bersama milo sebagai bekalan untuk proses kelahiran. 10 minit berada didalam labour room, Irdina telah selamat dilahirkan.

Pagi 25hb, tiada sebarang rasa sakit atau tanda kelahiran pun. Hanya sekadar cirit-birit sepanjang pagi. Menjelang jam 12 pm, barulah terasa kesakitan yang kerap. Walaupun kerap, ia tidak mengganggu saya yang asyik membalas pm / whatsapp dari pelanggan dan anak-anak Shaklee. Juga sempat mendaftarkan ahli baru juga!

Tiba dihospital jam 1 pm. Menjalani proses ECG. Dan kesakitan semakin kerap. Rupanya jalan kelahiran dan pun mencapai 7 cm. Sedikit kesal dengan khidmat di hospital Serdang yang banyak bertangguh. Saya redha dan banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Ditolak kedalam labour room dengan bukaan full term dan keadaan sangat kelam kabut dek kerana status para 3 yang saya ada. Hehe...maknanya anak ke-4. So, proses kelahiran adalah lebih cepat. Di sorong dengan iringan bebelan senior nurse kepada staff lain. Sangat mendebarkan.

Alhamdulillah. 10-15 minit didalam labour room, Irdina berjaya dilahirkan. Hinggakan sang ayah pun tak sempat nak menemankan. Beliau masuk ketika puteri kami dah selamat keluar.

Alhamdulillah juga saya mampu meneran dengan normal walaupun cuma berbekalkan segelas bancuhan ESP + Milo. 

Dan proses berpantang kali ini, set berpantang Shaklee akan menemankan saya hingga akhir. InsyaAllah.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...